Pelajar Malaysia yang hilang di Paris sejak Jumaat lalu, Nur Shakinah Naim, 19, dilaporkan selamat dan pulang ke bilik kediamannya di Paris, tengah hari tadi.

Ibunya, Nor Halizah Ahmad, 43, berkata khabar gembira tersebut disampaikan oleh wakil daripada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) yang datang ke rumahnya sebentar tadi.

Beliau berkata demikian kepada pemberita di rumahnya di Kampung Masjid, Tikam Batu di sini hari ini.


Nur Shakinah
BACA: Pelajar Malaysia hilang di Perancis masih belum ditemui

BACA: Wisma Putra sah terima laporan kehilangan pelajar Malaysia di Perancis

Kehilangan Norshakinah pelajar Institute University of Technologi (IUT) Roanne di Paris, disedari rakan sebiliknya selepas telefon bimbit gadis berusia 19 tahun itu berdering tanpa henti dan tidak dijawab. - BERNAMA